Matan hadith
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: طَهِّرُوا
هَذِهِ الْأَجْسَادَ طَهَّرَكُمُ اللهُ فَإِنَّهُ لَيْسَ عَبْدٌ يَبِيتُ طَاهِرًا
إِلَّا بَاتَ مَعَهُ مَلَكٌ فِي شِعَارِهِ لَا يَنْقَلِبُ سَاعَةً مِنَ اللَّيْلِ
إِلَّا قَالَ: اللهُمَّ اغْفِرْ
لِعَبْدِكَ فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا.
Terjemahan
Dari
Ibnu Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Sucikanlah badan-badan
kalian, semoga Allah mensucikan kalian, kerana tidak ada seorang hamba pun yang
tidur malam dalam keadaan suci (berwuduk) melainkan Malaikat akan bersamanya di
dalam syi’aar (pakaiannya), dia tidak membalikkan badannya di waktu malam
tersebut melainkan Malaikat akan berdoa untuknya: ‘Ya Allah, ampunilah hamba-Mu
ini, kerana ia tidur malam dalam keadaan suci.
Takhrij
HR
at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 5/205 dengan sanad yang lemah. Dan dengan
sanad yang jayyid adalah dari Ibnu Abbas sepertimana disebutkan dalam Mu'jam
al-Awsath no. 5087.
Dhaif
menurut al-Uqaili dalam Dhuafa' al-Kabir 3/363.
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini hasan dalam Sahih Jami' no. 3936.
No comments:
Post a Comment