لَمْ يَحْتَلِمْ قَطُّ طٰـهَ
مُطْـلَقًا أَبَدًا
وَمَا تَثـَائَبَ أَصْـلاً
فِىْ مَدَى الزَّمَنِ
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam tidak pernah mimpi jima (bersetubuh) baik sebelum jadi Nabi atau
setelahnya. Beliau sama sekali tidak pernah menguap sepanjang masa,
مِنْهُ الدَّوَابُ فَـلَمْ
تَهْرَبْ وَمَـا وَقَعَتْ
ذُبَابَةٌ أَبَـدًا فِى
جِسْمِـهِ الْحَسَنِ
Tidak ada satupun binatang yang melarikan diri (liar) dari beliau. Tidak
pernah ada lalat hinggap di tubuh beliau yang mulia.
بِخَلْـفِهِ كَأَمَـامٍ
رُؤْيَةٌ ثَـــبَتَتْ
وَلَا يُرٰى أَثْـرُ بَوْلٍ
مِـنْهُ فِيْ عَلَنِ
Beliau boleh mengetahui sesuatu yang ada di belakangnya, seperti beliau
melihat sesuatu itu benar-benar ada di hadapannya. Bekas air kencing beliau
tidak pernah di lihat di permukaan bumi.
وَقَلْبُهُ لَمْ يَنَـمْ
وَالْعَيْنُ قَدْ نَعَسَتْ
وَلَايَرٰى ظِـلَّهُ فِى
الشَّمْسِ ذُوْ فَـطِنِ
Hati beliau tidak pernah tidur, walaupun mata beliau mengantuk. Bayangan
beliau tidak pernah dapat dilihat oleh orang cerdas ketika beliau kena sinar
matahari.
كَـتْفَاهُ قَدْ عَلَـتَا
قَوْمًا إِذَا جَلَسُوْا
عِنْـدَ الْوِلَادَةِ صِـفْ
يَا ذَا بِمُخْتَتَنِ
Dua bahu beliau selalu terlihat lebih tinggi dari bahu orang-orang yang
duduk bersama beliau. Diceritakan sifat beliau bahawa beliau telah dikhitan semenjak
dilahirkan
هَذِي الْخَصَائِصَ
فَاحْفَظْهَا تَكُنْ أٰمِنًا
مِنْ شَرِّ نَـارٍ
وَسُرَّاقٍ وَمِـنْ مِحَنِ
Ini semua merupakan keistimewaan beliau, hendaknya engkau hafalkan bait
tersebut, nescaya engkau mendapat perlindungan dari bahaya kebakaran, pencurian
dan mushibah.
Penjelasan
Bait Syair/qasidah di atas banyak dikutip oleh para ulama sufi dalam
kitab-kitab mereka, di antaranya dicatat oleh al-Musnid Sayyid Aidrus Bin Umar
al-Habsyi dalam kitab Iqd al-Yawaqit al-Jauhariyyah Wa simth al-Ain
al-Dzahabiyyah 2/53, dan Syekh Muhammad Nawawi bin Umar al-Bantanidalam kitab
Maraqi al-Ubudiyyah Syarh Bidayah al-Hidayah hal. 2, dan di kitab-kitab
lainnya.
Dalam kajian Multaqa Ahlil Hadith 1/10931; 142/215 menilai Syair dan
Qasidah ini adalah mengarut, batil yang dikumpul serta diamalkan oleh para
suffiyah ketika hari-hari kebesaran Islam seperti Maulud Nabi saw.
Matan-matannya bersumberkan dari hadith-hadith yang tidak sahih. Dan fadhilat
yang dinyatakan apabila menghafal bait-bait tersebut adalah tidak mempunyai
asas dalam syariat.
Rujukan
http://islamport.com/w/amm/Web/2572/10931.htm
No comments:
Post a Comment