Wednesday, 30 September 2020

Hadith menyedekahkan pahala bacaan 11 kali surah al-ikhlas

 

Sanad dan matan hadith

 

 

عن عبد الله بن أحمد بن عامر : حدثنا أبي : حدثنا علي بن موسى عن أبي موسى بن جعفر بن محمد عن أبيه عن أبيه محمد بن علي عن أبيه عن أبيه الحسين عن أبيه علي مرفوعا: من مر بالمقابر فقرأ ( قل هوالله أحد ) إحدى عشرة مرة , ثم وهب أجره للأموات , أعطي من الأجر بعدد الأموات

 

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan Dari Abdullah bin Ahmad bin Amir, ia berkata; telah menceritakan kepada kami ayahku, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Ali bin Musa, Dari Abu Musa bin Ja’far bin Muhammad, Dari ayahnya, dari ayahnya (yang bernama) Muhammad bin Ali, Dari ayahnya, Dari ayahnya (yang bernama) Al-Husain, Dari ayahnya (yang bernama) Ali radhiyallahu anhu secara marfu’: “Barangsiapa melewati pekuburan lalu ia membaca (Qul Huwallahu Ahad) sebelas kali, kemudian ia hadiahkan pahala (bacaan)nya itu kepada orang-orang mati, maka ia akan diberi pahala (oleh Allah) sejumlah orang-orang yang telah mati.”

 

Takhrij

 

HR. Abu Muhammad Al-Khallal di dalam Fadhail Al-Ikhlas 2/201, ar-Rifaie dalam tarikh Qazwin 2/197 dan Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.

 

Hadith ini PALSU sebagaimana dinyatakan oleh As-Suyuthi di dalam Dzailu Al-Ahaditsi Al-Maudhu’ah, Al-Hafizh As-Sakhawi di dalam Al-Ajwibah Mardhiyyah 1/169, dan Ibnu Iraq di dalam Tanzih As-Syariah, dan syaikh Al-Albani di dalam Silsilah Hadith Dhaif  no. 1290, 3277

 

Punca yang menjadikan hadith ini palsu, ialah kerana di dalam sanadnya ada 2 perawi hadits yang pendusta, iaitu Abdullah bin Ahmad bin Amir Ath-Thaifi, dan ayahnya Ahmad bin Amir Ath-Thaifi, sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz As-Sakhawi.

 

Syeikh Bin Baz juga menilai hadith ini palsu dalam Fatawa Nur ala Darb 1/196.

 

Rujukan

 

Fatwa Soaljawab islam no. 134252

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...