1.
يأْتِي على الناسِ زمانٌ
مَنْ لم يكنْ مَعَهُ أَصَفَرُ ولا أبيضُ لم يَتَهَنَّ بالعيشِ
“Akan datang suatu masa pada umat manusia, pada saat itu orang yang
tidak memiliki putih (perak) dan kuning (emas), dia akan kesusahan dalam
kehidupan”
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 20/278 no. 659, Abu Nua’im dalam
Hilyatul Auliya 6/102, hadith ini gharib (dhaif) menurut as-Sakhawi dalam
Maqasid al-Hasanah no. 258 kerana lemahnya perawi bernama Abi Bakar bin Abi
Maryam (Majma Zawaid 4/65).
2.
لَيَأْتِيَنَّ على الناسِ
زمانٌ لا يَنْفَعُ فيه إِلّا الدينارُ والدرهمُ
“Akan datang suatu masa pada umat manusia, pada masa itu tidak ada yang
bermanfaat kecuali dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)”
Takhrij
HR. Ahmad no. 17201 daripada Miqdam ra. Sanadnya dhaif menurut Syeikh
al-Arnauth.
Syeikh al-Albani menilai sanad hadith ini dhaif dan terputus dalam
Takhrij Misykatul Masabih no. 2716, kerana lemahnya perawi bernama Abi Bakar
bin Abi Maryam (Majma Zawaid 4/65).
3.
إذا كانَ في آخرِ الزمانِ
لَابدَّ للناسِ فيها منَ الدراهِمِ والدنانيرِ يُقيمُ الرجلَ بها دينَهُ ودُنياهُ
“Apabila di akhir zaman, manusia di kalangan mereka itu harus
menggunakan dirham-dirham dan dinar-dinar sehingga dengan kedua mata wang itu
seorang laki-laki menegakkan agama dan dunianya”.
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir 20/279 no. 660, daripada Miqdam
ra.
Didhaifkan oleh as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 806, dan Syeikh
al-Albani menilai hadith ini munkar dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6997.
No comments:
Post a Comment