Wednesday, 30 September 2020

Hadith larangan menutup mulut ketika solat

 

Matan hadith

 

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُغَطِّيَ الرَّجُلُ فَاهُ فِي الصَّلَاةِ

 

Terjemahan

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang seseorang menutup mulutnya ketika solat.

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 643 Ibnu Majah no. 966, daripada Abu Hurairah ra. Dinilai hasan oleh Syeikh al-Albani

 

At-Talatstsum (التلَثُّم) adalah kebiasaan orang Arab yang menggunakan hujung imamah untuk menutup hidung dan mulut mereka seperti yang dikatakan al-Khaththabi dalam Ma’aalim as-Sunan (1/433).

 

Majoriti alim ulama menilai bahawa hukum at-talatstsum (menutup mulut dan hidung) dalam solat adalah makruh. Ibnu al-Munzir mengatakan,

 

كثير من أهل العلم يكره تغطية الفم في الصلاة، وممن روي عنه أنه كره ذلك: ابن عمر، وأبو هريرة، وبه قال عطاء، وابن المسيب والنخعي، وسالم بن عبد الله، والشعبي، وحماد بن أبي سليمان، والأوزاعي، ومالك، وأحمد، وإسحاق

 

“Banyak alim ulama yang menilai bahawa menutup mulut ketika solat dimakruhkan. Di antara mereka yang menilai perbuatan itu makruh adalah: Ibnu Umar, Abu Hurairah, Atha’, Ibnu al-Musayyib, an-Nakha-i, Salim bin Abdillah, asy-Sya’bi, Hammad bin Abi Sulaiman, al-Auza’i, Malik, Ahmad, dan Ishaq.” (Al-Ausath 3/451).

 

An-Nawawi rahimahullah mengatakan,

 

ويكره أن يصلي الرجل متلثما أي مغطيا فاه بيده أو غيرها ويكره أن يضع يده على فمه في الصلاة

 

Menutup mulut dan hidung (at-talatstsum) atau menutup mulut saja dengan tangan atau yang lain ketika solat, dimakruhkan. Dimakruhkan juga, menutup mulut dengan tangan.” (Al-Majmu’ 3/179).

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...