Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam
bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ
الْعُطَاسَ ، وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ ، فَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَحَقٌّ
عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ سَمِعَهُ أَنْ يُشَمِّتَهُ ، وَأَمَّا التَّثَاؤُبُ
فَإِنَّمَا هُوَ مِنْ الشَّيْطَانِ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِذَا قَالَ :
هَا ضَحِكَ مِنْهُ الشَّيْطَانُ
Sesungguhnya Allah menyukai bersin, dan tidak menyukai tasa’ub
(menguap). Jika seseorang bersin maka ucapkanlah hamdalah, dan merupakan hak
baginya terhadap setiap muslim yang mendengarnya untuk bertasymit. Adapun
menguap, itu dari syaitan. Maka hendaknya ia menahannya semampu mungkin. Jika
ia menguap sampai mengeluarkan suara “hah” maka syaitan pun tertawa” (HR.
Bukhari no. 6223, Muslim no. 2994).
إِذَا تَثَاوَبَ أَحَدُكُمْ
فِي الصَّلَاةِ فَلْيَكْظِمْ مَا اسْتَطَاعَ
Jika kalian menguap dalam solat maka tahanlah semampu mungkin” (HR.
Muslim no. 2995).
Ibnu Allan Asy Syafi’i mengatakan:
أي قدر استطاعته ، وذلك
بإطباق فيه ، فإن لم يندفع بذلك فبوضع اليد عليه
Maksudnya tahanlah semampu mungkin. Iaitu dengan melakukan ithbaq (menggabungkan
bibir). Jika tidak mampu ditahan maka dengan meletakkan tangan di mulut”
(Dalilul Falihin, 6/175).
Dari dalil-dalil di atas, boleh disimpulkan bahawa yang pertama kali
diusahakan ketika menguap adalah menahan mulut dengan menggabungkan bibir. Jika
tidak mampu maka baru menggunakan tangan disamping berusaha untuk tidak
mengeluarkan suara apapun baik suara “hah” atau suara apapun.
Syaikh Abdul Aziz bin Baz mengatakan:
إذا حصل التثاؤب يشرع له
أمور عدة. الأمر الأول: أنه يكظم ما استطاع يعني: يضم فمه ما استطاع حسب الطاقة.
الثاني: أنه يضع يده على فيه. الثالث: أنه لا يقول: هاه، بل يحفظ لسانه ولا يتكلم
بشيء لا قليل ولا كثير
Jika menguap, disyariatkan beberapa perkata:
Pertama, menahan mulut semampu mungkin, iaitu dengan cara menggabungkan bibir
semampu mungkin.
Kedua, (jika tidak mampu maka) meletakkan tangan di mulutnya.
Ketiga, menjaga lisannya agar tidak berkata-kata baik sedikit maupun banyak”
(https://binbaz.org.sa/fatwas/8418).
Ibnu Hajar Al Asqalani rahimahullah mengatakan:
قال شيخنا – أي : الحافظ
العراقي – في ” شرح الترمذي ” : أكثر روايات الصحيحين فيها إطلاق التثاؤب , ووقع
في الرواية الأخرى تقييده بحالة الصلاة ، فيحتمل أن يحمل المطلق على المقيد ,
وللشيطان غرض قوي في التشويش على المصلي في صلاته , ويحتمل أن تكون كراهته في
الصلاة أشد , ولا يلزم من ذلك أن لا يكره في غير حالة الصلاة
Guru kami, iaitu Al Hafidz Al-Iraqi, dalam Syarah At-Tirmidzi
mengatakan: kebanyakan riwayat-riwayat yang sahih mengenai larangan menguap itu
bersifat mutlak. Dan terdapat riwayat lain yang muqayyad yang menyebutkan bahawa
larangan tersebut berlaku ketika solat. Maka boleh dibawa riwayat-riwayat yang
mutlak tersebut kepada yang muqayyad. Dan syaitan memiliki tujuan yang kuat
untuk memberikan gangguan kepada orang yang solat dalam solatnya. Maka boleh jadi
menguap di dalam solat itu lebih ditekankan kemakruhannya. Namun bukan bererti
tidak makruh ketika dilakukan di luar solat” (Fathul Bari, 10/612).
Orang yang menguap di dalam solat juga dianjurkan untuk berusaha menahan
mulutnya agar tidak terbuka dan jika tidak mampu ia boleh menggerakkan
tangannya untuk menutup mulutnya. Gerakan ini tidak terlarang, tidak
membatalkan solat dan tidak termasuk dalam larangan menutup mulut dalam solat.
Ibnu Hajar menjelaskan:
وأما الأمر بوضع اليد على
الفم فيتناول ما إذا انفتح بالتثاؤب فيغطى بالكف ونحوه ، وما إذا كان منطبقا حفظا
له عن الانفتاح بسبب ذلك . وفي معنى وضع اليد على الفم وضع الثوب ونحوه مما يحصل
ذلك المقصود , وإنما تتعين اليد إذا لم يرتد التثاؤب بدونها , ولا فرق في هذا
الأمر بين المصلي وغيره , بل يتأكد في حال الصلاة كما تقدم ، ويستثنى ذلك من النهي
عن وضع المصلي يده على فمه
Adapun perintah untuk meletakkan tangan di mulut, ini dilakukan ketika
mulut mulai terbuka untuk menguap. Maka ketika itu ditutup dengan telapak
tangan atau dengan benda lainnya yang boleh diupayakan untuk mencegah
terbukanya mulut. Dan menutup dengan baju atau semisalnya ini juga semakna
dengan meletakkan tangan, iaitu semua yang dapat mewujudkan tujuan menutup
mulut. Disebutkan tangan secara spesifik dalam hadith, adalah jika menguap
tidak boleh dicegah kecuali dengan tangan. Dan tidak ada bezanya perkara ini,
antara orang yang solat ataupun di luar solat. Bahkan lebih ditekanlah lagi
anjuran menutup mulut yang menguap dengan tangan di dalam solat, sebagaimana
sudah kami jelaskan. Dan ini merupakan pengecualian dari larangan menutup mulut
dalam solat” (Fathul Bari, 10/612).
No comments:
Post a Comment