Matan hadith
روي عن ابن عباس عن النبي
صلى الله عليه وسلم أنه قال: " اليوم الذي غفر الله فيه لآدم عليه السلام أول
يوم من ذي الحجة ، من صام ذلك اليوم غفر الله له كل ذنب، واليوم الثاني استجاب
الله فيه دعاء يونس عليه السلام فأخرجه من بطن الحوت، من صام ذلك اليوم كمن عبد
الله تعالى سنة لم يعص الله في عبادته طرفة عين، واليوم الثالث اليوم الذي استجاب
الله فيه دعاء زكريا عليه السلام، من صام ذلك اليوم استجاب الله دعاءه، واليوم
الرابع اليوم الذي ولد فيه عيسى عليه السلام، من صام ذلك اليوم نفى الله عنه البأس والفقر، فكان يوم القيامة مع
السفرة البررة الكرام، واليوم الخامس اليوم الذي وُلد فيه موسى عليه السلام، من صام
ذلك اليوم برئ من النفاق وأمن من عذاب القبر، واليوم السادس اليوم الذي فتح الله
تعالى لنبيه فيه الخير، من صامه ينظر الله إليه برحمته فلا يُعذَّب بعده أبدًا،
واليوم السابع اليوم الذي تُغلق فيه أبواب جهنم ولا تفتح حتى تمضي أيام العشر، من
صام فيه أغلق الله عليه ثلاثين بابًا من العسر، وفتح له ثلاثين بابًا من اليسر،
واليوم الثامن اليوم الذي يسمى يوم التروية من صامه أُعطي من الأجر ما لا يعلمه
إلا الله تعالى، واليوم التاسع اليوم الذي هو يوم عرفة، من صامه كان كفارة لسنة
ماضية وسنة مستقبلة، وهو اليوم الذي أُنزل فيه
﴿ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ
نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلامَ دِينًا ﴾ [ المائدة : 3 ] ، واليوم العاشر
هو اليوم الأضحى من قرّب قربانًا فيه فبأول قطرة قطرت من دمه غفر الله له ذنوبه
وذنوب عياله، ومن أطعم فيه مؤمنًا أو تصدق فيه بصدقة بعثه الله تعالى يوم القيامة
آمنًا، ويكون ميزانه أثقل من جبل أحد
Terjemahan
Di hari pertama bulan Zulhijah Allah mengampuni Adam AS dan barangsiapa
yang berpuasa pada hari tersebut Allah akan mengampuni seluruh dosanya”
“Di hari kedua Allah mengabulkan doa Yunus AS, dan barangsiapa yang
berpuasa di hari itu pahalanya seperti beribadah kepada Allah setahun penuh dan
tidak bermaksiat walau sekejap mata”
“Di hari ketiga Allah mengabulkan doa Zakaria AS, dan barangsiapa yang
berpuasa pada hari itu Allah akan mengabulkan doanya”
“Di hari keempat lahir Isa AS, dan barangsiapa berpuasa pada hari itu
Allah akan menghilangkan kefakiran darinya dan pada hari kiamat ia akan
dikumpulkan bersama As Safarat Al Kiram (malaikat yang mulia)
“Di hari kelima lahirlah Musa AS, dan barangsiapa berpuasa pada hari itu
ia akan dibebaskan dari sifat munafik dan azab kubur”
“Di hari keenam Allah membukakan Muhammad SAW kebaikan, dan barangsiapa
berpuasa pada hari itu Allah akan melihatnya dengan rahmat-Nya dan ia tidak
akan diazab”
“Di hari ketujuh ditutup pintu-pintu jahannam, dan barangsiapa berpuasa
pada hari itu Allah akan tutup baginya 30 pintu kesulitan dan Allah bukakan
baginya 30 pintu kebaikan”
“Di hari kelapan yang disebut juga dengan hari Tarwiyah, barangsiapa
berpuasa pada hari itu akan diberi balasan yang tidak diketahui oleh siapapun
kecuali Allah”
“Di hari kesembilan adalah hari yang disebut hari ‘Arafah, maka
barangsiapa yang berpuasa padanya, nescaya akan menjadi tebusan atas dosanya
selama setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang, dan itu juga
merupakan hari diturunkannya ayat: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama
bagi kalian, Aku sempurnakan nikmat-Ku untuk kalian, dan Aku redhai Islam
sebagai agama bagi kalian”(al-Maidah: 3)
“Di hari kesepuluh iaitu Idul Adha, di dalamnya terdapat qurban, penyembelihan,
dan pengaliran darah (haiwan qurban), Allah akan mengampuni dosa anak-anaknya
(iaitu orang yang berpuasa tadi). Barangsiapa yang memberi makan orang mukmin
dan bersedekah Allah akan mengutus baginya pada hari kiamat, keamanan dan
timbangannya lebih berat dari Gunung Uhud
Takhrij
HN. Syeikh Utsman bin Husain bin Ahmad Syakir al-Khubawi dalam Durratun
Nasihin (Darul Fikr), hal. 195, tanpa sanad.
Hadith palsu. Tidak ditemui sumbernya dalam kitab hadith muktabar sunnah
(Fatwa Thariqah Islam no. 55032, Fatwa Syabakah Islamiyah no. 70994, Fatwa
al-Lajnah ad-Daaimah lil Buhuuts al-‘Ilmiah wal Iftaa’ 3/251-252, no. 20803, Irsyad
al-Hadith no. 401 dan Mausuah al-Fatawa no. 33190).
Tambahan
Terdapat beberapa lagi hadith yang menceritakan peristiwa yang berlaku
ketika 10 hari awal bulan Zulhijah dan kelebihan bersama, apabila berpuasa pada
hari tersebut. Malangnya kesemua hadith-hadith tersebut tidak tsabit
dari Nabi saw malah ada yang palsu. Akan tetapi galakan melakukan amal
kebaikan pada 10 hari awal bulan Zulhijah itu tsabit dari Nabi saw (HR. Bukhari
no. 969), maka puasa pada hari tersebut (1-9 Zulhijah) adalah termasuk dalam
kelebihan tersebut (HR. Abu Daud no. 2436, sahih).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 279518
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 70994
No comments:
Post a Comment