Matan hadith
روي أنه عليه الصلوة والسلام قال: من ترك صلاة حتى مضى وقتها ثم قضى عذب
في النار حقبا ، والحقب ثمانون سنة ، والسنة ثلاث مائة وستون يوما ، كل يوم كان
مقداره ألف سنة ، كذا في مجالس الأبرار ، قلت: لم أجده فيما عندي من كتب الحديث
، إلا أن مجالس الأبرار مدحه شيخ مشايخنا الشاه عبد العزيز الدھلوي
Terjemahan
Diriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW telah berkata:" Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terlepas
waktunya kemudian ia menggantinya kembali, akan di azab ke dalam api neraka
selama satu huqub. Satu huqub menyamai 80 tahun dan satu tahun ada 360 hari dan
setiap satu hari akhirat umpama seribu tahun dunia.
Takhrij
HN. Maulana Zakariya
al-Khandalawi dalam Fadhail Amal, Solat, Bab Amaran Meninggalkan Solat, hal. 47
no. 8. Tanpa sanad.
Syeikh Zakaria sendiri
berkomentar:-
كذا في مجالس الأبرار ، قلت: لم أجده فيما عندي من كتب الحديث ، إلا أن
مجالس الأبرار مدحه شيخ مشايخنا الشاه عبد العزيز الدھلوي
Demikian itu yang terdapat
didalam Majalis al-Abrar. Aku berkata: aku tidak mendapati hadith ini didalam
kitab-kitab hadith melainkan didalam Majalis al-Abrar yang mana kitab Majalis
al-Abrar ini telah diberi pujian oleh syeikh kepada masyaikh kami Syah Abdul
Aziz ad-Dehlawi.
Juga ditemukan dalam:-
Majalis al-Abrar oleh Imam Ahmad
Rumi, hal. 320 no. 50.
Maktubat oleh Sheikh Aḥmad
Sarhindi 1 /469.
Tafsir Ruh al-Bayan oleh Syeikh
Ismail Haqqi 2/276.
Hadith ini jelas palsu
Palsu apabila tidak ditemui
asalnya daripada kitab-kitab hadith muktabar. Seperti yang dikatakan oleh Ibnu
Jauzi:-
قال ابن الجوزي في "الموضوعات" (1/99) :
"فمتى رأيت الحديث خارجاً عن دواوين الإسلام كالموطأ،
ومسند أحمد، والصحيحين، وسنن أبي داود ونحوها فانظر فيه : فإن كان له نظير من
الصحاح والحسان قرب أمره ، وإن ارتبت فيه ورأيته يباين الأصول فتأمل رجال إسناده..
الخ" انتهى
Ibnu Al-Jauzi dalam kitab
Al-Maudhu'at, 1/99 berkata,
"Apabila saja engkau melihat
hadith tidak terdapat dalam kitab rujukan Islam, seperti Al-Muwaththa, Musnad
Ahmad, Sahih Bukhari dan Muslim, Sunan Abu Daud dan semacamnya, maka
perhatikanlah; Jika ada pembandingnya dalam hadith-hadith yang sahih atau
hasan, maka perkaranya dapat didekatkan. Tapi jika engkau ragu dan engkau
mendapati ia bertentangan dengan perkara prinsip, perhatikanlah pula darjat
para perawinya..."(Fatwa Soaljawab Islam no.128799).
Ibnu Salah rahimahullah Ta'ala
berkata, "Jika kita mendapatkan sebuah riwayat dari bahagian hadith yang
sahih sanadnya, akan tetapi tidak kami dapatkan dalam salah satu dua kitab
sahih, tidak juga tertera kesahihannya dalam salah satu kitab-kitab karangan
ulama hadith yang telah dikenal terpercaya, maka kita tidak segera memastikan
keputusan hadith tersebut sebagai hadith sahih (Muqadimah Ibnu Salah hal. 16).
فقول الحافظ أبي الفرج ابن الجوزي رحمه الله :
" مَا أَحْسَنَ قَوْلَ الْقَائِلِ : إِذَا رَأَيْتَ الْحَدِيثَ يُبَايِنُ
الْمَعْقُولَ أَوْ يُخَالِفُ الْمَنْقُولَ أَوْ يُنَاقِضُ الْأُصُولَ : فَاعْلَمْ
أَنَّهُ مَوْضُوعٌ " انتهى من "تدريب الراوي" (1/ 327).
Berkata al-hafiz Abu al-Farj
Ibnul Jauzi rahimahullah:-
"Apabila kamu melihat hadith yang menyalahi akal, tidak selaras dengan manqul (nas-nas yang lain) dan menyanggahi usul, maka ketahuilah bahawa ia adalah palsu (Tadrib al-Rawi fi Syarah Taqrib al-Nawawi 1/327).
Imam Baihaqi dan as-Suyuthi
berkata:-
Setiap hadith yang tidak
ditemukan dalam kitab-kitab ulama terdahulu, maka pastilah hadith itu tidak
sahih (Manaqib as-Syafi'ie 2/321; al-Matsnuni wa al-Battar 2/29).
Rujukan
No comments:
Post a Comment