Matan hadith
إن الله وكل بقبري ملَكا أعطاه أسماع الخلائق ، فلا يصلي عليَّ أحد إلى يوم
القيامة إلا أبلغني باسمه واسم أبيه : هذا فلان ابن فلان قد صلى عليك
Terjemahan
Sungguh Allah telah mengutus
seorang malaikat di atas kuburanku yang telah diberikan pendengaran semua
makhluk, maka tidaklah seorang pun yang berselawat kepadaku sampai hari kiamat
kecuali ia akan memberitahukan kepadaku namanya dan nama ayahnya, ini adalah
fulan bin fulan telah berselawat kepadamu.
Takhrij
HR . Bukhari dalam Tarikh
al-Kabir 6/416, al-Bazzar dalam Musnadnya 2/266, Harits bin Abi Usamah dalam
Musnadnya juga dalam Bughyatu Al Bahits 2/962, dan ada juga yang
menyandarkannya kepada at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir, diriwayatkan juga
oleh al-Uqaili di dalam Dhu’afa al-Kabir 3/248, daripada Ammar bin Yasir ra.
Ibnu Najjar menambahkan:
وقد ضمن لي ربي تبارك وتعالى أن أرد عليه بكل صلاة عشرا
“Dan Tuhanku –Tabaraka wa Ta’ala-
telah menjamin kepadaku untuk menjawab setiap kali selawat dengan 10 kali
selawat”.
Al-Bazzar berkata: “Hadith ini
kami tidak mengetahuinya diriwayatkan dari Ammar kecuali dengan sanad ini”.
Hadith ini dhaif jiddan
disebabkan oleh Nu’aim bin Dhamdham dan Ibnu al-Hamiri.
Ibnu Abdil Hadi berkata:
“Hadith ini tidak tetap (tidak
boleh dipakai), dan Umran bin Hamiri majhul.
Imam Bukhari telah menyebutkan bahawa dia tidak boleh diikuti hadithnya
ini, dan Nu’aim bin Dhamdham dikenali dengan Ibnu Jahdham tidak diketahui
keadaannya yang boleh mewajibkan untuk menerima hadithnya. (al-Sharim al-Manki
1/205)
Al Haithami berkata:
“Di dalamnya terdapat Ibnu Al
Hamiri, namanya adalah Imran, Al Bukhari berkata: “Haditsnya tidak boleh
diikuti”. Penulis al-Mizan berkata: “Tidak diketahui”, dan Nu’aim bin Dhamdham
sebahagian mereka telah mendhaifkannya. Dan sebagian orang-orangnya adalah
sahih (Majma Zawaid 10/162).
As-Sakhawi telah melemahkannya di
dalam Qaul Badi’ hal. 165, demikian juga As-Suyuthi di dalam al-La’ali’ al
Mashnu’ah 1/362.
Akan tetapi ada hadith yang
hampir sama yang diriwayatkan oleh sahabat yang lain.
Dari Abu Bakar As Siddiq bahwa
Nabi –shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda:
أكثروا الصلاة علي ، فإن الله وكل بي ملكا عند قبري ، فإذا صل علي رجل من
أمتي قال لي ذلك الملك : يا محمد إن فلان بن فلان صلى عليك الساعة
“Perbanyaklah oleh kalian untuk
berselawat kepadaku, kerana sungguh Allah telah memberikan perintah kepada
seorang malaikat untuk berada di kuburanku, jika ada seseorang dari umatku
telah berselawat kepadaku maka malaikat itu berkata kepadaku: “Wahai Muhammad,
sungguh fulan bin fulan telah berselawat kepadamu saat ini (HR. Ad Dailami 1/1/31, dihasankan oleh
Syeikh al-Albani Silsilah Hadith Sahih no. 1530).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 130214
No comments:
Post a Comment