Matan hadith
لَيْسَ بَيْنِي وَبَيْنَهُ نَبِيٌّ -يَعْنِي عِيسَى- وَإِنَّهُ نَازِلٌ
فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَاعْرِفُوهُ رَجُلٌ مَرْبُوعٌ إِلَى الْحُمْرَةِ
وَالْبَيَاضِ بَيْنَ مُمَصَّرَتَيْنِ كَأَنَّ رَأْسَهُ يَقْطُرُ وَإِنْ لَمْ
يُصِبْهُ بَلَلٌ فَيُقَاتِلُ النَّاسَ عَلىَ الْإِسْلَامِ فَيَدُقُّ الصَّلِيبَ
وَيَقْتُلُ الْخِنْزِيرَ وَيَضَعُ الْجِزْيَةَ وَيُهْلِكُ اللهُ فِي زَمَانِهِ
الْـمِلَلَ كُلَّهَا إِلاَّ الْإِسْلَامَ وَيُهْلِكُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ
فَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ أَرْبَعِينَ سَنَةً ثُمَّ يُتَوَفَّى فَيُصَلِّي
عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ
Terjemahan
Tidak ada seorang nabi pun antara
aku dan dia (Nabi Isa). Dia pasti akan turun. Jika kamu melihatnya, kenalilah
ciri-cirinya. (Beliau adalah): seorang lelaki yang berperawakan sedang,
berkulit kemerahan, mengenakan dua helai pakaian berwarna agak kuning, dan
kepalanya (rambut) yang seakan meneteskan air, padahal tidak basah. Kemudian
dia akan memerangi manusia hingga mereka masuk Islam, menghancurkan salib,
membunuh babi, dan menghapus jizyah. Pada masanya, Allah akan menghancurkan
seluruh agama selain Islam. Dia akan membunuh al-Masih ad-Dajjal, lalu tinggal
di bumi selama empat puluh tahun. Setelah itu beliau wafat dan disolati oleh
kaum muslimin.”
Takhrij
HR. Ahmad no. 9270, Abu Daud no.
4324, dan Ibnu Hibban, daripada Abu Hurairah ra.
Hadith ini dinyatakan sahih oleh
Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 6/493; dan Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith
Sahih no. 2182, dan al-Arnauth dalam takhrij Musnad.
Syarah
Sebagai hakim yang adil
An-Nawawi rahimahullah
menerangkan,
“Beliau akan turun sebagai
seorang hakim yang berhukum dengan syariat ini, bukan turun sebagai nabi yang
membawa risalah tersendiri atau membawa syariat yang menghapus (syariat Nabi
Muhamad shallallahu alaihi wa sallam). Bahkan, beliau adalah salah seorang hakim
umat ini.” (Syarah Muslim 2/366. Demikian pula yang diterangkan oleh Ibnu Hajar
rahimahullah dalam Fathul Bari 6/491).
Menghancurkan salib
Ibnu Hajar rahimahullah
mengatakan,
“Maksudnya, beliau akan
melenyapkan agama Nasrani dengan cara menghancurkan salib hingga tak tersisa,
serta menghilangkan keyakinan kaum Nasrani yang amat mengagungkannya (salib).”
(Fathul Bari 6/491).
Membunuh babi
An-Nawawi rahimahullah
mengatakan,
“Pada lafaz hadith ini terdapat
dalil bagi mazhab kami (mazhab asy-Syafi’i) dan mazhab majoriti para ulama, iaitu
apabila kita menemukan babi di sebuah negeri yang dilanda perang atau negeri
yang aman dan kita mampu membunuhnya, hendaknya kita membunuhnya.” (Syarah
an-Nawawi, 2/367)
Menghapus jizyah
Jizyah adalah semacam cukai yang
dibebankan kepada Ahli Kitab yang hidup di negeri kaum muslimin dan tidak mahu
memeluk agama Islam. Dengan jizyah tersebut mereka boleh tinggal di negeri kaum
muslimin dan akan mendapatkan jaminan keamanan.
Akan tetapi, dengan diturunkannya
Nabi Isa alaihis salam ke muka bumi, Islam tidak lagi menerima jizyah. Ertinya,
tidak ada apa pun yang boleh diterima dari Ahli Kitab kecuali keislaman mereka.
An-Nawawi rahimahullah
mengatakan,
“Makna yang benar adalah bahawa
beliau (Nabi Isa) tidak akan menerima jizyah, tidak akan menerima apa pun dari
orang kafir kecuali Islam. Adapun orang kafir yang tetap ingin membayar jizyah,
mereka tidak akan dilindungi. Bahkan, beliau hanya mahu menerima keislaman
(orang kafir). Jika enggan, ia akan dibunuh. Demikian yang dikatakan oleh Abu
Sulaiman al-Khaththabi rahimahullah dan para ulama selain beliau.” (Syarah
an–Nawawi, 2/367).
Rujukan
https://konsultasisyariah.com/32250-seluruh-ahli-kitab-akan-beriman-kepada-isa.html
No comments:
Post a Comment