Matan hadith
عن ابنِ عبّاسٍ قالَ : قالَ أَبُو بَكْر رضي الله عنه: “يَا رَسُولَ الله
قَدْ شِبْتَ. قالَ: شَيّبَتْنِي هُودٌ وَالْوَاقِعَةُ وَالمُرْسَلاَتُ و {عَمّ
يَتَسَاءَلُونَ} و {إِذَا الشّمْسُ كُوّرَتْ}”
Terjemahan
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, dia
berkata, "Abu Bakar ra berkata, 'Wahai Rasulullah! Engkau telah beruban'.
Beliau SAW menjawab: 'Telah membuatku beruban (surah) Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat,
Amma yatasaa aluun, dan Idzasy Syamsu kuwwirat'.
Takhrij
HR. Tirmidzi no. 3297, Ibnu Abi
Syaibah no. 30897, al-Marwazi dalam Musnad Abu Bakar no. 30, daripada Abu Bakar
ra.
Imam Tirmidzi menilai hadith ini
hasan gharib.
Syeikh al-Albani mensahihkannya
dalam takhrij Sunan Tirmidzi.
Sahih menurut Syeikh al-Arnauth
dalam takhrij Musnad Abu Bakar.
Hal ini kerana di dalam surah-surah
tersebut terdapat penjelasan tentang huru-hara hari kiamat dan
kejadian-kejadian yang menimpa umat-umat terdahulu, sehingga membuat Nabi SAW
beruban. (Tuhfat Al Ahwadzi).
Allah SWT berfirman:
فَٱسْتَقِمْ كَمَآ أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا۟ ۚ إِنَّهُۥ
بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
"Maka tetaplah kamu pada
jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang
telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia
Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." (QS Hud: 112)
Ibnu Abbas RA berkata,
"Tidak diturunkan kepada Rasulullah SAW di dalam Alquran sebuah ayat yang
lebih memberatkan dan menyulitkan daripada ayat ini." Hal ini sebagaimana
dinukilkan dari kitab Tafsir Al-Qurthubi.
No comments:
Post a Comment