Hadith pertama:
مَنْ فَرِحَ بِدُخُوْلِ رَمَضَانَ حَرَّمَ اللهُ جَسَدَهُ عَلَى
النِّيْرَانِ
“Barangsiapa senang dengan
masuknya (datangnya) bulan Ramadhan, maka Allah mengharamkan jasadnya bagi
neraka.”
Takhrij
Tidak menemukan hadith ini dalam
kitab-kitab hadith muktabar sunnah. Tetapi ditemukan dalam kitab Durratun Nasihin,
Darul Fikr hal. 7 karya Syeikh Utsman al-Khubawie dan al-Majalis hal. 4 karya
Utsman ibn Hasan ibn Ahmad. Kitab ini (Durratun Nasihin) diperingatkan ulama
supaya dijauhi kerana banyak mengandungi hadith-hadith yang lemah dan
palsu. Dari segi matan juga bias, di
lihat bahawa hadith ini termasuk hadith palsu kerana adanya imbalan pahala yang
luar biasa (diharamkan dari api neraka) untuk amalan yang sangat ringan (hanya
senang dengan datangnya Ramadhan). (KH Ali Mustafa Ya’qub dalam Hadith-Hadith
Bermasalah, 2003; Hadits-hadits Lemah dan Palsu dalam Kitab Durratun Nashihin
oleh DR. Ahmad Lutfi Fathullah, hal. 75).
Dalam istilah ilmu hadith dikenal
istilalah yu’rafulahu ashlun atau la ashlalahu (tidak diketahui sumber asalnya)
dan hadith ini termasuk ke dalam kategori ini.
Hadith kedua:
الْجَنَّةُ مُشْتَاقَةٌ اِلَى أَرْبَعَةِ نَفَرٍ : تَا لِى الْقُرْانِ,
وَحَافِظِ اللِّسَانِ, وَمُطْعِمِ الْجِيْعَانِ, وَصَا ئِمٍ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ
“Syurga itu rindu kepada empat
golongan, iaitu pembaca al-Quran, penjaga lisan, pemberi makan orang yang kelaparan
dan orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan.”
Takhrij
Sama dengan hadith pertama, hadith
dengan redaksi seperti ini tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith muktabar
sunnah. Tetapi ditemukan dalam kitab Durratun Nasihin, Darul Arqam, hal. 7 karya
Syeikh Utsman al-Khubawie dan kitab Syiah Mustadrak al-Wasail no. 8254. Hadith
ini kemungkinan adalah cerita dari tukang pembuat cerita kerana dimuat dalam
buku Raunaq al-Majalis yang mengandung cerita tentang hikayat atau dongeng.
Akan tetapi keempat golongan yang disebutkan di atas adalah benar-benar ahli syurga
meskipun kita tidak tahu apakah syurga rindu kepada mereka atau tidak. Pentahqiq
Durratun Nasihin berkata hadith ini tidak ditemukan asalnya. Jadi hadith ini
adalah hadith palsu. (KH Ali Mustafa Ya’qub dalam Hadith-Hadith Bermasalah,
2003).
Hadith ketiga:
إِذَا كَانَ آخِرُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ بَكَتْ السَّمَاوَاتُ
وَاْلأَرْضُ وَالْمَلاَئِكَةُ مُصِيْبَةٌ ِلأُمَّةِ مُحَمَّدٍ ، قِيْلَ: يَا
رَسُوْلَ اللهِ، أَيُّ مُصِيْبَةٍ هِيَ؟ قَالَ: ذِهَابُ رَمَضَانَ فَإِنَّ
الدَّعَوَاتِ فِيْهِ مُسْتَجَابَةٌ، وَالصَّدَقَاتُ مَقْبُوْلَةٌ وَالْحَسَنَاتِ
مُضَاعَفَةٌ، وَاْلعَذَابَ مَدْفُوْعٌ
“Jika tiba akhir malam bulan
Ramadhan, maka langit, bumi dan malaikat menangisi musibah yang menimpa umat Muhammad
SAW. Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, musibah apakah itu? Beliau menjawab:
Perginya bulan Ramadhan, kerana sesungguhnya doa-doa pada bulan ini dikabulkan,
sedekah-sedekah diterima, kebaikan-kebaikan dilipat gandakan dan siksa ditolak.”
Takhrij
Sebagaimana dua hadith di atas,
redaksi hadith seperti ini tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith muktabar
sunnah. Tetapi ditemukan dalam kitab Durratun Nasihin, Darul Arqam hal. 12
karya Syeikh Utsman al-Khubawie. Kitab ini diperingatkan ulama supaya dijauhi
kerana banyak mengandungi hadith-hadith yang lemah dan palsu. Pentahqiq Durratun
Nasihin berkata hadith ini tidak ditemukan asalnya. Sehingga hadith ini
termasuk kedalam kategori hadith palsu kerana tidak diketahui sumbernya.
Hadith keempat:
إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ اْلكِرَامَ اْلكَاتِبِيْنَ فِيْ شَهْرِ رَمَضَانَ
أَنْ يَكْتُبُوْا الْحَسَنَاتِ ِلأُمَّةِ مُحَمَّدٍ وَلاَ يَكْتُبُوْا عَلَيْهِمُ
السَّيِّئَاتِ وَيُذْهِبُ عَنْهُمْ ذُنُوْبَهُمُ الْمَاضِيَةَ
“Sesungguhnya Allah Ta’ala
menyuruh para malaikat pencatat amal di bulan Ramadhan agar mereka mencatat
kebaikan-kebaikan umat Muhammad dan tidak mencatat keburukan-keburukan mereka
serta menghilangkan dosa-dosa mereka yang telah lalu.”
Takhrij
Sama dengan hadith sebelumnya, redaksi
hadith seperti ini tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith muktabar sunnah.
Sehingga hadith ini termasuk kedalam kategori hadith palsu kerana tidak
diketahui sumbernya.
Hadith kelima:
لَوْ تَعْلَمُ أُمَّتِيْ مَا فِيْ رَمَضَانَ لَتَمَّنَوْا أَنْ تَكُوْنَ
السَّنَةُ كُلُّهَا رَمَضَانَ
“Seandainya umatku mengetahui apa
(pahala) yang ada pada bulan Ramadhan, pastilah mereka mengharapkan agar
sepanjang tahun adalah Ramadhan.”
Takhrij
Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn
Khuzaimah 3/190, AbuYa’la dalam Musnadnya 9/180, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra
3/313, semuanya melalui Jarir ibn Ayyub dari al-Sya’bi dari Nafi’ ibn Buraidah
dari Ibn Mas’ud.
Ibnu Khuzaimah mengisyaratkan
kelemahan hadith ini dengan berkata “seandainya hadith ini sahih).
Hadith ini dihukumi palsu oleh
Ibn Jauzi dalam kitab al-Maudhu’at 2/273 dengan alasan bahawa dalam sanad hadith
tersebut terdapat perawi yang dituduh pendusta, iaitu Jarir ibn Ayyub. Jarir
bin Ayyub juga dinilai matrukul hadith oleh Imam Bukhari (Mizanul I’tidal
1/391).
Hadith ini dinilai palsu oleh
as-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah hal. 88 dan Syeikh al-Albani dalam Dhaif
Targhib 1/149.
Akan tetapi al-Suyuti dalam kitab
al-La’ali menolak hukum ini (palsu oleh Ibnu Jauzi) dengan mengatakan bahawa hadith
ini juga diriwayatkan melalui jalan lain tanpa melalui Jarir iaitu dari sahabat
Abu Syarikal Ghaffari. Namun al-Syaukani dalam kitab al-Fawa’id menolak
bantahan al-Suyuti dan tetap menguatkan pandangan Ibn al-Jauzi, iaitu palsu.
Beliau berkata: “Sesungguhnya hadith yang palsu itu tidak akan keluar dari
kedudukannya yang palsu meski perawi-perawi meriwayatkannya.” Alasan kedua
beliau adalah ciri-ciri hadith palsu nampak jelas pada hadith ini.
Hadith ke Enam:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَارِكْ لَنَا فِي
رَمَضَانَ كَانَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ قَالَ
Adalah Nabi Muhammad saw. apabila
memasuki bulan Rajab berdoa: “Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan
Sya’ban dan berkahilah kami di bulan Ramadhan.”
Takhrij
HR. Ahmad no. 2346, Ibn Abi
Duniya dalam Fadhail Ramadhan no. 1, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no.
3939, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman 3/375, Ibnu Sunni no. 659, Abu Nua’im dalam
Hilyatul Auliya’ 6/269, daripada Anas
bin Malik ra.
Sanadnya dhaif menurut Syeikh
Ahmad Syakir dan al-Arnauth. Ada dua rawi dalam sanad hadith ini,
1. Zaidah bin Abi Ruqad, oleh
Imam Bukhari dan Nasaie dikatakan munkarul hadith (Tahdzibut Kamal 2/184-185)
2. Ziyad An-Numairi, oleh Yahya
bin Ma’in dikatakan dhaif, dan oleh Abu Hatim: “Saya tidak berhujjah dengan hadithnya”,
serta oleh Ibnu Hibban : “Dia banyak kekeliruannya (kesalahannya).”(Tahdzibut
Kamal 2/226).
Dhaif menurut Imam Nawawi dalam
al-Azkar hal. 314, Ibnu Rejab dalam Lathaif Ma’arif hal. 170, Ibnu Qayyim dalam
al-Manarul Munif hal. 97, Ibnu Hajar dalam Tabyinul Ujab hal. 37, dan Syeikh
al-Albani dalam Dhaif Jami’ no. 4395.
Rujukan
https://www.google.com/amp/s/sangpencerah.id/2014/06/6-hadith-dhoif-seputar-ramadhan/%3famp
https://panrita.id/2019/03/13/9-hadith-bermasalah-seputar-ramadhan/
No comments:
Post a Comment