Matan hadith
مَنْ قَرَأ القُرآنَ فَقَدِ اسْتَدْرَجَ النُّبُوَّةَ بَيْنَ جَنْبيْهِ
غَيْرَ اَنَهُ لَا يُوْحى اِلَيهِ لَا يَنْبَغِىْ لِصَاحِبِ القُرآنِ اَنْ يَجِدَ
مَعَ مَنْ وَجَدَ وَلَا يَجْهَلَ مَعَ مَنْ جَهِلَ وَفيْ جَوْفِه كَلَامُ اللهِ
Terjemah
Rasulullah saw. bersabda,
barangsiapa membaca (hafal) al-Quran, maka ia telah menyimpan ilmu kenabian di
dalam dadanya, hanya saja wahyu tidak diturunkan kepadanya. Tidak pantas bagi
hafiz al-Quran memarahi seorang pemarah dan bertindak bodoh terhadap orang
bodoh, sedang al-Quran berada dalam dadanya.
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu’jam
al-Kabir 13/649 no. 14575, al-Hakim no. 2028, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no.
2591, daripada Abdullah bin Amr ra.
Al-Hakim menilai sanadnya sahih
dan disetujui oleh az-Zahabi
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini dhaif dalam Dhaif Targhib no. 865.
Terdapat perawi yang dibicarakan
oleh Ibnu Abi Hatim dan Abi Hatim sendiri, yakni Yahya bin Othman bin Saleh
al-Sahami. Juga terdapat perawi Syiah bernama Muslim bin Qasim dan dia tidak
kuat kerana membaca hadith tanpa
kitabnya. Dan Tha’labah Ibn Abi al-Kanoud dia majhul (Jarh wa Ta’dil 2/463).
No comments:
Post a Comment