Friday, 18 February 2022

Bacaan selepas membaca surah at-tin

 

Matan hadith

 

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ: وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ فَقَرَأَ: {أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الحَاكِمِينَ} [التين: 8] فَلْيَقُلْ: بَلَى وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang membaca surah: wa al-Tin wa al-Zaitun kemudian membaca (أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الحَاكِمِينَ) (al-Tin,8) maka hendaklah ia menyebut (بَلَى وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ) Benar, dan aku menyaksikan hal itu.

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 3347, Abu Daud no. 887, Ahmad no. 7391, daripada Abu Hurairah ra.

 

Dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Dhaif bu Daud, al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwadzi 8/348.

 

Sanadnya dhaif menurut an-Nawawi dalam al-Tibyan no. 156, Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar 2/41, dan Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Musnad.

 

Dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak dikenali (Majma Zawaid 7/135).

 

 

 

Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Muslim no. 772 dari Hudzaifah berkata:

 

صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَافْتَتَحَ الْبَقَرَةَ فَقُلْتُ يَرْكَعُ عِنْدَ الْمِائَةِ ثُمَّ مَضَى فَقُلْتُ يُصَلِّي بِهَا فِي رَكْعَةٍ فَمَضَى فَقُلْتُ يَرْكَعُ بِهَا ثُمَّ افْتَتَحَ النِّسَاءَ فَقَرَأَهَا ثُمَّ افْتَتَحَ آلَ عِمْرَانَ فَقَرَأَهَا يَقْرَأُ مُتَرَسِّلًا إِذَا مَرَّ بِآيَةٍ فِيهَا تَسْبِيحٌ سَبَّحَ وَإِذَا مَرَّ بِسُؤَالٍ سَأَلَ وَإِذَا مَرَّ بِتَعَوُّذٍ تَعَوَّذَ  

 

 

Saya solat bersama Nabi sallallahu’alaihi wa sallam suatu malam, maka beliau memulai bacaan dengan surah Al-Baqarah. Saya berkata, “Mungkin akan rukuk pada ayat seratusan. Kemudian beliau meneruskan. Saya mengatakan, “Mungkin beliau solat dengan (Surah Al-Baqarah) dalam satu rakaat, kemudian beliau tetap melanjutkan. Saya berkata,”Mungkin beliau akan rukuk. Kemudian memulai membaca surah An-Nisa’ dan beliau membacanya kemudian memulai membaca surat Ali Imran dan beliau membacanya dengan cara tartil ketika melewati ayat tasbih beliau mengucapkan tasbih (Subhanallah) dan ketika melewati ayat permintaan, beliau meminta dan ketika melewati ayat perlindungan, maka beliau meminta perlindungan.

 

Imam An-Nawawi di dalam kitab Raudlatut Thalibin 1/354 berkata:

 

يُسْتَحَبُّ لِلْقَارِئِ فِي الصَّلَاةِ، وَخَارِجِهَا، إِذَا مَرَّ بِآيَةِ رَحْمَةٍ، أَنْ يَسْأَلَ الرَّحْمَةَ: أَوْ بِآيَةِ عَذَابٍ، أَنْ يَسْتَعِيذَ مِنْهُ، أَوْ بِآيَةِ تَسْبِيحٍ، أَنْ يُسَبِّحَ، أَوْ بِآيَةٍ مَثَلٍ أَنْ يَتَفَكَّرَ، وَإِذَا قَرَأَ: ﴿أَلَيْسَ اللهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ﴾ [التِّينِ: 8] قَالَ: “بَلَى، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدَيْنِ”، وَإِذَا قَرَأَ: ﴿فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ﴾ [الْمُرْسَلَاتِ: 50] قَالَ: “آمَنَّا بِاللهِ”، وَالْمَأْمُومُ يَفْعَلُ ذَلِكَ لِقِرَاءَةِ الْإِمَامِ عَلَى الصَّحِيحِ.

 

Disunahkan bagi orang yang membaca Al-Qur’an baik di dalam mahupun di luar solat ketika melewati ayat rahmat, maka ia meminta rahmat. Ketika melewati bacaan tentang ayat azab, maka ia meminta perlindungan dari azab tersebut. Ketika melewati bacaan ayat tasbih, maka ia membaca tasbih. Ketika melewati ayat tentang perumpamaan, maka ia hendaknya berfikir. Dan ketika ia membaca “Alaisa Allahu bi ahkamil hakimiin/ Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?. (Q.S. At-Tin:8 ), maka ia membaca Balaa wa ana alaa dzaalika minasy syaahidin (Iya, Saya menyaksikan hal itu). Ketika membaca ayat Fabiayyi Hadiisin ba’dahu yu’minuun (Maka kepada perkataan apakah selain Al Quran ini mereka akan beriman?)(Q.S. Al-Mursalaat: 50), maka ia  membaca “Aamanna bihi/ Kami beriman kepada Allah”. Dan makmum membaca bacaan tersebut kerana bacaan imam menurut pendapat yang sahih.

 

Imam Nawawi mengatakan dalam kitab ‘Al-Majmu’ 3/562, as-Syafie dan teman-teman kami mengatakan,”Dianjurkan bagi pembaca Qur’an dalam solat mahupun di luar solat ketika melewati ayat rahmat hendaknya memohon kepada Allah rahmat. Atau ayat siksaan memohon perlindungan dari siksaan. Atau ayat tasbih hendakya bertasbih. Atau ayat seperti untuk mentadaburinya. Rakan-rakan kami mengatakan, “Hal itu dianjurkan bagi makmum, imam dan orang yang shalat sendirian. Kerana ia adalah doa sehingga sama posisinya seperti mengaminkan. Dalil tentang masalah ini adalah hadith Hudzaifah radhiallahu’anhu …… ini adalah perincian mazhab kami. Abu Hanifah rahimahullah berpendapat dimakruhkan meminta ketika melewati ayat rahmat dan meminta perlindungan dalam solat. Yang berpendapat seperti pendapat madzhab kami adalah jumhur dari kalangan ulama salaf dan setelahnya.

 

Imam Ibnu Utsaimin mengatakan,

 

لو قرأ القارئ : ( أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَى ) فله أن يقول : بلى ، أو سبحانك فبلى ، لأنه ورد فيه حديث عن النبي عليه الصلاة والسلام ، ونص الإمام أحمد عليه ، قال الإمام أحمد : إذا قرأ : ( أَلَيْسَ ذَلِكَ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَى ) في الصلاة وغير الصلاة قال : سبحانك فبلى ، في فرض ونفل . وإذا قرأ : ( أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ ) فيقول : سبحانك فبلى .

 

Jika orang yang membaca ayat (yang ertinya), ‘Bukankah Allah Maha Kuasa untuk menghidupkan orang mati?’ maka dia boleh mengucapkan, ‘Tentu, atau Subhanaka, tentu Engkau kuasa.’ Kerana terdapat riwayat dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang hal ini. Imam Ahmad juga menegaskan demikian. Imam Ahmad mengatakan, ‘Jika orang membaca ayat (yang ertinya), ‘Bukankah Allah Maha Kuasa untuk menghidupkan orang mati?’ baik ketika solat mahupun di luar solat, lalu dianjurkan mengucapkan, “Subhanaka, tentu Engkau mampu.” Baik solat sunat mahupun wajib. Jika membaca ayat (yang ertinya), “Bukankah Allah Hakim yang paling adil?” maka dia boleh mengucapkan, Subhanaka, tentu ya Allah… (as-Syarh al-Mumthi’, 3/398)

 

Ditempat lain beliau mengatakan:

 

Sementara kalau dia mendengarkan Imam, maka yang lebih utama adalah jangan sibuk dengan yang lainnya kecuali diam dan mendengarkan secara seksama (Fatawa Nurun Ala al-Darb).

 

Akan tetapi ada dari sebahagian ahli ilmu (termasuk Ibn Utsaimin) yang menganjurkan hal itu dalam solat sunat. Kerana itu yang ada dari Nabi sallallahu’alaihi wa sallam. Kalau dilakukan dalam solat wajib diperbolehkan meskipun hal itu bukan Sunnah (Fatwa Soaljawab Islam no. 85481).

 

Rujukan

 

 

Al-Kafi li al-Fatawi no. 1691

 

Fatwa Dar Alifa Jordan no. 2033

 

Fatwa Soaljawab Islam no. 96028, 85481

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 61326

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...