Matan hadith
عَنْ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ : أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه
وسلم- حِينَ قَالَ (غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ) قَالَ :«
رَبِّ اغْفِرْ لِى آمِينَ
Terjemahan
Dari Wa`il bin Hujr, baHawasanya
dia mendengar Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam ketika membaca GHAIRIL
MAGHDHUUBI 'ALAIHIM WALADHDHAALLIN beliau membaca RABBIGHFIRLII AAMIIN...
Takhrij
HR. al-Baihaqi dalam Sunan Kubra
no. 2551, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 107.
Az-Zahabi dalam al-Muhazzab
1/508, menilai hadith tersebut munkar.
Sanadnya didhaifkan oleh
al-Arnauth dalam Takhrij Musnad 31/137.
Al-Qastallani mendhaifkan hadith
dalam Irsyad al-Sari 2/100, ini kerana terdapat perawi yang dhaif, Abu Bakar
an-Nahsyali.
Walaupun amalan ini ada
disebutkan dalam kitab-kitab fiqh Syafie seperti I’anah Thalibin 1/148, Hasiyah
al-Qalyubi 2/291, Hasiyah al-Jamal 3/305, tapi sayangnya hadith yang menjadi
patokan amalan ini tidak sahih.
Ibn Baz dalam Fatawa Nurun ‘Ala
Darb 11/333-334 menyatakan amalan membaca doa selepas fatihah ini tidak
disyariatkan.
Manakala dalam Irsyad al-Fatwa
no. 323, menyatakan amalan membaca doa selepas fatihah ini menyalahi keutamaan.
Sebaiknya berdoalah di tempat-tempat di dalam solat yang disunatkan untuk
berdoa. Ini lebih selamat dan jalan keluar dari khilaf.
Rujukan
Irsyad al-Fatwa no. 323
Fatwapedia no. 43926
No comments:
Post a Comment