Friday, 18 February 2022

Hadith tambahan lafaz wabarakatuh pada salam dalam solat

 

Matan hadith

 

 

صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكَانَ يُسَلِّمُ عَنْ يَمِينِهِ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، وَعَنْ شِمَالِهِ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

 

Terjemahan

 

Aku solat dibelakang Nabi SAW dan Baginda SAW memberi salam di sebelah kanan dengan “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ” dan disebelah kiri dengan “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 997, daripada Wa’il bin Hujr ra.

 

Sanad hadith ini dinilai sahih pada sanadnya dan perawi-perawinya adalah thiqah oleh Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Sunan Abu Daud.

 

Disahihkan oleh Syeikh al-Albani dalam Sahih Abu Daud no. 997 dan al-Wadi’ie dalam Sahih Musnad no. 1209.

 

Hukum menambah perkataan “وبركاته” di dalam salam pertama adalah menjadi perselisihan dalam kalangan para ulama kerana kewujudan dalil yang berbeza.

 

Imam al-Nawawi menyatakan baHawa disunatkan mengucapkan “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ” dan ini adalah yang sahih lagi tepat (al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab 478/3).

 

Manakala, Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi menyatakan baHawa sunnah diucapkan “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ” dan ini adalah riwayat Ibn Mas’ud, Jabir bin Samurah R.anhuma dan selain daripada mereka berdua. Adapun Wa’il bin Hujur RA juga ada meriwayatkan baHawa Nabi SAW mengucapkan pada salam yang disebelah kanan (salam pertama) dengan lafaz “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهُ وَبَرَكَاتُهُ” dan ia adalh baik di dalam Sunan Abu Daud. Akan tetapi, ucapan yang pertama (السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ) adalah lebih baik kerana jalurnya (riwayatnya) banyak dan jalurnya lebih sahih (berbanding jalur atau riwayat daripada Wa’il bin Hujur). (al-Mughni, 397/1).

 

Penambahan lafaz “وبركاته” di dalam salam merupakan penambahan yang warid (terdapat) di dalam hadith Nabi SAW sebagaimana yang kami nyatakan di atas. Tambahan pula, tidak menjadi kesalahan untuk seseorang untuk mengucapkan pada salam yang pertama dengan lafaz “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهُ وَبَرَكَاتُه” dan solatnya adalah sah (Al-Kafi li-Alfatawi no. 1041).

 

 

Adapun ucapan salam yang sempurna adalah ucapan (السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ)

 

Berikut ini bacaan-bacaan salam :

 

Pertama:

 

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ

 

“Semoga keselamatan tercurahkan atas kalian”. Dibaca sekali ketika menoleh ke kanan (HR. Ahmad no. 25987, sahih al-Arnauth)

 

Kedua:

 

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

 

“Semoga keselamatan serta rahmat Allah tercurahkan atas kalian.” Dibaca ketika menoleh ke kanan dan ke kiri. (HR. Ibnu Majah no. 914, sahih al-Albani)

 

Ketiga:

 

Menoleh ke kanan membaca:

 

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ

 

Dan ke kiri membaca:

 

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ

 

Dalilnya adalah hadith Wasi’ bin Habban. (HR. an-Nasaie no. 1321, sahih al-Albani)

 

Keempat:

 

Menoleh ke kanan membaca:

 

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Dan ke kiri membaca:

 

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

 

Dalilnya adalah hadith Alqamah Ibnu Wail dari ayahnya. (HR. Abu Daud no. 997, sahih al-Albani).

 

Kelima:

 

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

“Semoga Keselamatan, Rahmat Allah, serta Keberkahan tercurahkan atas kalian”.

 

Dibaca ketika menoleh ke kanan dan ke kiri. Dalilnya adalah hadith dari Abu Ubaidah. (HR. Abdurazzaq dalam Musannafnya no. 3129, 3134, sahih al-Albani)

 

 

Rujukan

 

Al-Kafi li-Alfatawi no. 1041

 

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...