Matan hadith
عن أبي بصير ، قال : سمعت أبا عبدا لله يعني الإمام الصادق عليه
السلام قال :من يضمن لي موت عبد الله أضمن
له القائم . ثم قال: إذا مات عبد الله لم يجتمع الناس بعده على أحد ، ولم يتناهَ
هذا الأمر دون صاحبكم إن شاء الله . ويذهب ملك السنين، ويصير ملك الشهور والأيام .
فقلت : يطول ذلك ؟ قال : كلا
Terjemahan
Dari Abu Bashir, dia mengatakan,
aku mendengar Abu Abdullah, yakni Al-Imam As-Shadiq Alaihissalam, dia berkata,
“Siapa yang memberi jaminan kepada saya bahawa kematian Abdullah (Raja Saudi)
membuat keadaan menjadi aman?” Dia lalu berkata, “Apabila Abdullah meninggal
dunia, manusia tidak akan bersatu untuk menyetujui seorang pun sebagai raja
yang menggantikannya. Urusan ini tidak akan mampu diselesaikan oleh orang
selain sahabat kalian (Al-Mahdi) Insya Allah. Raja yang memerintah
bertahun-tahun akan meninggal, dan akan digantikan oleh raja yang memerintah
hanya dalam hitungan bulan dan hari.” Aku (Abu Bashir) bertanya, “Apakah itu
akan berlangsung lama?” Al-Imam As-Shadiq menjawab, “Tidak akan lama.”
Takhrij
Hadith ini ditemukan dalam kitab Al-Ghaibah,
Syaikh Ath Thusi hal. 447.
Hadith semakna ini juga boleh
ditemukan dalam kitab Syiah Bihar al-Anwar 52/210, kitab Al Khira’ah wal
Jira’ah 3/1163, dan Mu’jam Ahadith Imam Al Mahdi 3/445.
Maka jelas bahawa hadith yang
menyebutkan tentang Raja Fahd, Raja Abdullah, dan Imam Al Mahdi adalah palsu,
bahkan ia merupakan hadith rekaan Syiah.
Rujukan
No comments:
Post a Comment