Matan kisah
روى عن كعب الاحبار أن الله تعالى خلق شجرة تحت العرش عليها
أوراق بعدد كل مخلوق واذا قضى أجل العبد وبقى له من عمره أربعون يوما
Terjemahan
Dari Ka’ab bin Akbar katanya:
“Allah SWT telah menciptakan sebuah pohon di bawah Arsy yang mana daunnya sama
banyak dengan bilangan makhluk yang Allah ciptakan. Jika seseorang itu telah
diputuskan ajalnya, maka umurnya tinggal 40 hari dari hari yang diputuskan.
Maka jatuhlah daun itu kepada Malaikat Maut, tahulah bahwa dia telah diperintahkan
untuk mencabut nyawa orang yang tertulis pada daun tersebut
Takhrij
Kisah ini ditemukan dalam kitab
As-Suluk karya Syeikh Muqatil bin Sulaiman, Daqaiq al-Akhbar Abdurrahim bin
Ahmad al-Qadhi hal. 13, Darul Kutub al-Ilmiyyah.
Tidak ada satu pun sumber di atas
membawakan sanad.
Hadith di atas gagal tapisan
syarat hadith sahih yang pertama, yakni keberadaan sanad yang jelas.
Maka kisah ini palsu menurut
kajian Fatwa Syabakah Islamiyah no. 80732.
Kisah ini tidak sahih kerana:-
- ketiadaan sanad tidak jelas
- Ka'ab al-Akhbar adalah perawi
yang selalu meriwayatkan dari sumber Israiliyat. Dan integritinya dalam riwayat
diperdebatkan.
Ka’ab Al Ahbar termasuk Yahudi
Yaman yang mengetahui masa jahiliyah dan masa Islam. Ia memutuskan untuk
memeluk Islam pada masa khalifah Abu Bakar Sidiq dan datang ke Madinah saat
masa khalifah Umar bin Khattab.
Kitab Daqaiq al-Akhbar ini
diperingatkan ulama (Abu Ubaydah Mashur ibn Hasan) untuk dijauhkan daripada
dijadikan sumber bacaan atau rujukan kerana kitab ini majoritinya mengandungi
hadith-hadith tidak sahih lagi palsu
(Qutub Hassar Minha al-Ulamah
2/2007-208).
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no.
80732
No comments:
Post a Comment