Friday, 18 February 2022

Hadith selawat sebagai mahar pernikahan Adam as

 

Matan hadith

 

فلما  نزل آدم عن المنبر جلس بين الملائكة فألقى الله عليه النوم لان فيه راحة للبدن فلما  نام رأى حواء فى منامه قبل أن تخلق فمال اليها حين نظرها ثم أخرجها من ضلعه الأيسر  فخلقت منه حواء على هيئته وأحسن الله خلقها وأعطاها حسن ألف حورية فكانت أحسن  النساء اللاتى هن بناتها الى يوم القيامة وكان لها سبعمائة ضفيرة من الشعر فكانت  على طول آدم وألبسها الله من الجنة الحلى والحلل فكانت تشرق إشراقا أبهى من الشمس  فانتبه آدم من منامه فوجدها بجانبه فأعجبته وألقى الشهوة فى أدم فهم بها فقيل له لا  تفعل حتى تؤدى صداقها فقال وما صداقها قال قد نهيتك عن شجرة الحنطة فلا تأكل منها  فهو صداقها

 

ثم  زوج الله تعالى أدم بحواء وكان ذلك يوم الجمعة بعد الزوال ولهذا سن عقد التزويج فى  يوم الجمعة. وقيل كان آدم أحسن من حواء ولكن كانت حواء ألطف وألين ثم أوحى الله  تعالى الى رضوان خازن الجنان أن يزخرف القصور ويزين الولدان والحور وخلق لآدم فرسا  من المسك الأذفر يسمى الميمون كالبرق الخاطف فلما أحضر بين يدى آدم ركبه وأحضر  لحواء ناقة من نوق الجنة وعليها هودج من اللؤلؤ فركبت فيه على الناقة فأخذ جبرائيل  عليه السلام بلجام الفرس ومشى ميكائيل عن يمينه واسرافيل عن يساره وطافوا به فى  السموات كلها وهو يسلم على من يمر به من الملائكة فتقول ما أكرمك من خلق الله على  الله تعالى هذا وحواء راكبة الناقة تطوف معه الى أن أتوا بها الى باب الجنة فوقفوا  ببابها ساعة فأوحى الله تعالى الى آدم هذه جنتى ودار كرامتى ادخلا فيها (وكلا منها  رغداً حيثُ شئتما ولا تقربا هذه الشجرة فتكونا من الظالمين) وأشهد عليهما الملائكة  ثم أدخلا الى الجنة فطافت بهما الملائكة فى الجنان

 

 

Ketika nabi Adam turun dari  mimbar terus beliau duduk diantara para malaikat,maka ALLAH menidurkan nabi Adam  kerana tidur adalah istirehatnya badan saat tidur, nabi Adam melihat ibu Hawa  dalam mimpinya sebelum ibu Hawa diciptakan, setelah melihatnya,akhirnya nabi Adam  jatuh hati padanya, kemudian ALLAH menciptakan ibu Hawa dari tulang rusuk bahagian  kiri nabi Adam. ALLAH menciptakan Hawa sama bentuknya dengan nabi Adam dan  mempercantik ciptaannya dan memberikannya kecantikan melebihi 1000 bidadari. Ibu  Hawa dan keturunannyalah secantik-cantiknya wanita sampai dihari kiamat nanti  ibu Hawa mempunyai 700 ikatan pada rambut dan tingginya sama dengan nabi Adam,  dan ALLAH memberi gelang dan perhiasan dari syurga yang mengkilap melebihi sinar  matahari.Setelah itu nabi Adam  terbangun dan tiba-tiba ibu Hawa sudah ada di sampingnya, nabi Adam hairan, kagum  dan jatuh cinta padanya dan syahwat pun merasukinya, terus dikatakan pada nabi  Adam :jangan engkau lakukan sehingga engkau mendatangkan maharnya, nabi Adam  bertanya : apa mahar/mas kawinnya ? ALLAH menjawab : aku mencegah kalian  dari pohon gandum, maka janganlah kalian makan dan itulah maharnya. Dikatakan : sesungguhnya  ALLAH berfirman berilah dia mahar Nabi Adam bertanya apa maharnya? ALLAH  menjawab : bacalah selawat pada nabiku dan kekasihku Muhammad. Nabi Adam  bertanya, YA RABBI siapa Muhammad itu ?. ALLAH menjawab : sesungguhnya dia  adalah dari anak cucumu dan dialah penutup para nabi, jika tanpa Muhammad maka  aku tidak akan menciptakan mahluk……

 

Takhrij

 

Kisah ini ditemukan dalam kitab Badaiz Zuhur hal. 36 karangan Imam as-Suyuthi. Sebahagian kisah ini juga disebutkan oleh Imam Abdur Rahman bin Abdus Salam Ash-Shafuri Asy-Syafi’i di kitabnya Nuzhatul Majalis 2/169 yang menukil perkataan Imam Al-Kisa’i dan juga disebutkan pula oleh Syeikh Ahmad bin Zaini Dahlan Al-Hasani di kitabnya As-Sirah An-Nabawiyyah 1/17.Tidak ditemukan sanad yang absah yang boleh dipertanggungjawabkan. Dan jelaslah riwayat ini bermasalah, kerana kitab ambilan sumbernya (Nuzahtul Majalis) pun bermasalah.

 

No comments:

Post a Comment

Hadith Keutamaan Menziarahi Orang Sakit

  Matan hadith   قَالَ -صلىّ الله عليه وسلّم-: إِذَا عَادَ الرَّجُلُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ مَشَى فِيْ خِرَافَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسَ...