Friday, 23 September 2022

Hadith bidadari diciptakan dari anbar, kapur, misk dan za'faran?

 

 

Hadith tular

 

Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya 'Aina', ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za'faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, 'Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya'."

 

Takhrij

 

HN. Abdurahim Ahmad al-Qadhi dalam Daqaid al-Akhbar hal. 80 DKI.

 

 

 

Secara amnya bidadari dicipta dari bahan apa ada sebuah bab yang ditulis oleh al-Qurthubi dalam at-Tadzkirah hal.991-992 dan Ibnu Qayyim dalam Kitab Hadi al-Arwah, Bab 54.

 

Hadith tular ini terdiri dari gabungan beberapa matan.

 

Walhasil, ia sebenarnya adalah dari gabungan-gabungan hadith dan atsar yang diambil kesemuanya bermasalah, tidak sahih bahkan ada yang palsu:-

 

a) HR. Ibnu Khuzaimah no. 1886, palsu

 

b) Atsar Abu Hurairah & Ibnu Abbas (nama bidadari aina) dan Ibnu Abbas  (ludah jadi manis) diriwayatkan oleh al-Qurtubi dalam at-Tadzkirahnya 1/555, yang juga disebutkan oleh al-Aini dalam Syarah Sahih Bukhari 14/94 beliau, tanpa sanad.

 

1) Daripada Abu Hurairah yang berkata:

 

إن في الجنة حوراء يقال لها العيناء إذا مشت مشى حولها سبعون ألف وصيفة عن يمينها وعن يسارها كذلك، وهي تقول أين الآمرون بالمعروف والناهون عن المنكر

 

Sesungguhnya di dalam syurga ada Hauraa' (bidadari syurga) yang dinamakan sbg al-'Ainaa' ('Ain Mardhiah), Jika dia berjalan, maka akan turut berjalan bersamanya 70,000 para pemudi di kanan dan demikian juga di kirinya. al-'Ainaa' itu berkata: "Manakah orang-orang yang menyuruh dengan ma'ruf dan mencegah perkara mungkar?"

 

3) Daripada Ibnu Abbas:

 

إن في الجنة حوراء يقال لها لُعبة لو بزقت في البحر لعذب ماء البحر كله. مكتوب على نحرها من أحب أن يكون له مثلي فليعمل بطاعة ربي عز وجل

 

Dan jikalau bidadari meludah di laut dengan sekali ludah, niscaya air laut menjadi tawar karena ludahnya. Tertulis di atas dadanya (di bawah leher) :

 

مَنْ اَحَبَّ اَنْ يَكُوْنَ لَهُ مِثْلِيْ فَلْيَعْمَلْ بِطَاعَةِ رَبِّهِ

 

Barang siapa menginginkan agar bidadari sepertiku menjadi miliknya, maka hendaklah ia melakukan amal dengan penuh ketaatan kepada Tuhannya

 

2) Daripada Ibn 'Abbas RA yang berkata:

 

في الجنة حوراء يقال لها العيناء لو بزقت في البحر لعذب ماؤه

 

Di dalam syurga terdapat Hauraa' (bidadari syurga) dinamakan al-'Ainaa' , jika dia meludah ke dalam laut akan menjadi enak airnya (AR. Ibnu Abi Duniya dalam Sifatul Jannah no. 207).

 

Begitu juga dari Anas dengan matan hadith seperti berikut:

 

عن أنس يرفعه لو أن حوراء بصقت في سبعة أبحر لعذبت البحار من عذوبة فمها وخلق الحور العين من الزعفران

 

Dari Anas yang menyandarkan haditth ini kepada Rasulullah: “seandainya bidadari meludahi tujuh lautan maka lautan itu akan menjadi tawar dari pengaruh tawarnya mulut bidadari itu, dan bidadari tercipta dari za’faran”(HR. Abu Nua’im dalam Shifatul Jannah no. 409, Hadi al-Arwah hal. 510, Tafsir at-Thabari 23/108)

 

c) Atsar Ibnu Abbas part akhir, siapa mahukan saya hendaklah ia menuju ketaatan kepada Allah, matan tersebut ditemukan dalam kitab Tanbihul Ghafilin, juga tanpa sanad. Tanbihul Ghafilin adalah sebuah kitab yang diperingatkan para ulama untuk dijauhkan kerana mengandungi banyak hadith-hadith palsu (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 399565)

 

d) Bidadari dicipta dari 4 unsur kapur, anbar, misk, za'faran juga tidak sahih, menurut Syeikh Abdurrahman as-Suhaim dalam al-Meshkat.

 

 

وروي عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال : خلق الله الحور العين ؛ من أصابع رجليها إلى ركبتيها من الزعفران ، ومن ركبتيها إلى ثدييها من المسك الأذفر ، ومن ثدييها إلى عنقها من العنبر الأشهب ، ومن عنقها إلى رأسها من الكافور الأبيض ، عليها سبعون ألف حلة مثل شقائق النعمان ، إذا أقبلت يتلألأ وجهها نورا ساطعا كما تتلألأ الشمس لأهل الدنيا ، وإذا أدبرت يرى كبدها من رقة ثيابها وجلدها ، في رأسها سبعون ألف ذؤابة من المسك الأذفر ، لكل ذؤابة منها وصيفة ترفع ذيلها وهي تنادي : هذا ثواب الأولياء جزاء بما كانوا يعملون .

 

Daripada Abdullah Ibnu Abbas ra, beliau berkata : "Allah menciptakan bidadari, dari jemari kaki sampai kedua lutut dari zaafaran, dari kedua lutut sampai kedua payudara dari misik yang harum sekali, dari kedua payudara sampai leher dari ambar kelabu dan dari leher sampai kepala dari kapur putih, dia mempunyai 70000 perhiasan seperti tumbuhan saqaiq nu'man, ketika dia menghadap maka wajahnya memancarkan cahaya sebagaimana pancaran cahaya matahari kepada penduduk dunia, ketika berpaling maka hatinya terlihat sebab tipisnya baju dan kulitnya bidadari, di kepalanya terdapat 1000 mahkota dari misik yang sangat harum, setiap mahkota rambutnya terdapat seorang pelayan yang mengangkat pucuknya dan dia berkata : Ini adalah pahalanya para auliya' sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan" (AR. Qurthubi dalam Tadzkirahnya hal. 992, berkata pentahqiq, sebahagiannya bahagian hadith ini disebutkan Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat beliau 2/426 dan berkata hadith palsu tanpa syak)

 

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن الحور العين من أي شيء خلقن.

فقال: من ثلاثة أشياء: أسفلهن من المسك، وأوسطهن من العنبر، وأعلاهن من الكافور، وشعورهن وحواجبهن سواد خط من نور

 

Diriwayatkan dari Rasulullah saw, berkenaan penciptaan bidadari dari apa mereka diciptakan, dan dia berkata: Dari tiga hal: bahagian bawahnya terbuat dari kasturi, bahagian tengahnya terbuat dari ambar, dan bahagian atasnya terbuat dari kapur barus, dan rambut dan alis seperti cahaya hitam bersinar (AR. Qurthubi dalam Tadzkirahnya hal. 992, tidak ditemui asal oleh pentahqiq at-Tadzkirah Qurthubi hal. 991 Islamkotob)

 

e) Bahkan bidadari tercipta dari za'faran menurut al-Baihaqi sanadnya munkar. dan didhaifkan at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 1/95. Ia juga didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 2840:

 

 عن أبي أمامة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "خلق الحور العين من الزعفران"

 

 قال الطبراني لا يروى إلا بهذا الإسناد تفرد به علي بن الحسن بن هارون

 

Dari Abu Umamah dari Nabi shallallahu alihi wasallam bersabda : "Bidadari diciptakan dari Zaafaran.” (HR At-Tabrani dengan sanad lemah).

 

 

عن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : ( الحور العين خلقن م الزعفران )

 

Dari Anas Bin Malik dari Nabi shollallohu alaihi wasallam bersabda : " “Bidadari diciptakan dari Za’faron.” (HR Al-Baihaqi, munkar).

 

 

Kesimpulan

 

Hadith dengan susunan matan yang tertera dalam sebaran tersebut, termasuk dalam kategori hadith yang tiada asal.

 

Pertanyaan bidadari diciptakan dari apa juga pernah diajukan ke lembaga Fatwa Syabakah Islamiyah no. 35406 dan jawapannya adalah:

 

 

وإن الحور العين قد خلقهنَّ الله زيادة في نعيم أهل الجنة، ولم نقف على الذي خلقن منه، ومثل هذا الموضوع لا يفتى فيه بالرأي. والله أعلم

 

Bidadari diciptakan oleh Allah sebagai tambahan kenikmatan bagi penduduk syurga. Dan kami tidak menjumpai dalil dari mana mereka diciptakan.

 

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 108951, 399565

 

https://al-maktaba.org/book/11147/231

 

http://al-ershaad.net/vb4/showthread.php?p=15818

 

http://www.almeshkat.net/vb/showthread.php?t=122722

 

https://al-maktaba.org/book/21536/881#p1

 

https://binsahak.com/index.php/hadis-dan-ulumnya/1119-sdi-0382-adakah-hadis-tentang-ain-mardhiyyah-ketua-bidadari-syurga

 

http://www.alekkurniawan.com/2011/05/cukuplah-bidadari-di-surga.html

 

https://sites.google.com/site/3ladifafcom/taqwa123-9

 

https://www.pelangiblog.com/2021/02/mengenal-sifat-dan-karekter-bidadari.html

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...