Thursday, 28 December 2023

Benarkah ada hadith menyatakan Malam maulid Nabi saw lebih mulia dari lailatul qadar??

 

 

Ucapan tersebut bukan dari Nabi saw (bukan hadith), Cuma ia hanya perkataan ulama saja:-

 

 

فإن قلت : إذا قلنا بأنه عليه الصلاة والسلام ولد ليلاً، فأيهما أفضل: ليلة القدر أو ليلة مولده - -؟

 

أجيب بأن ليلة مولده أفضل من ليلة القدر من وجوه ثلاثة :

 

أحدها: أن ليلة المولد ليلة ظهوره ، وليلة القدر معطاة له، وما شرف بظهور ذات المشرف من أجله أشرف مما شرف بسبب ما أعطيه، ولا نزاع في ذلك، فكانت ليلة المولد بهذا الاعتبار أفضل

 

الثاني: أن ليلة القدر شرفت بنزول الملائكة فيها، وليلة المولد شرفت بظهوره فيها ومن شرفت به ليلة المولد أفضل من شرقت بهم ليلة القدر على الأصح المرتضى، فتكون ليلة المولد أفضل.

 

الثالث: أن ليلة القدر وقع التفضل فيها على أمة محمد ، وليلة المولد الشريف وقع التفضل فيها على سائر الموجودات، فهو الذي بعثه الله -عز وجل- رحمة للعالمين، فعمت به النعمة على جميع الخلائق، فكانت ليلة المولد أعم نفعاً، فكانت أفضل

 

 

Jika engkau berkata: jika kami mengatakan bahawa Nabi Saw dilahirkan di malam hari, maka mana yang lebih utama: malam Al-Qadr atau malam kelahirannya Saw?

 

Aku menjawab: bahawasannya malam kelahirannya lebih utama daripada malam Al-Qadr dalam 3 hal:

 

Pertama: malam maulid merupakan malam kehadirannya Saw, dan malam Al-Qadr diberikan kepadanya. Dan yang dimuliakan kerana kehadirannya, itu lebih mulia daripada apa yang diberikan kepadanya, dan di sini tidak ada perselisihan. Dengan pertimbangan ini maka malam maulid lebih utama.

 

Kedua: Malam Al-Qadr dimuliakan kerana pada malam itu diturunkan para malaikat, dan malam maulid dimuliakan kerana pada malam itu Nabi Saw hadir/lahir. Dan sesiapa yang dimuliakan dengan kehadirannya di malam maulid itu lebih utama dibandingkan yang dimuliakan dengan turunnya malaikat di malam Al-Qadr.

 

Ketiga: kemuliaan malam Al-Qadr jatuh pada umat Muhammad Saw, dan kemuliaan malam maulid Nabi jatuh pada seluruh makhluk. Dan dialah Saw yang Allah Azza wa Jalla utus sebagai rahmat untuk seluruh alam. Maka berkah dan nikmatnya diberikan kepada seluruh makhluk, dan malam maulid bermanfaat secara universal, maka malam maulid lebih utama (al-Qasthallani dalam Al-Mawahib Al-Laduniyyah bil Minahil Muhammadiyyah 1/88, Al-Maktabah At-Taufiqiyyah)

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...