Suara Bilal tidaklah merdu
seperti tukang azan kita sekarang ini.. Laungan azan Bilal senada dan biasa..
TETAPI ....
Tetapi ada keikhlasan dalam suara
itu, ada kejujuran dan kesungguhan sebagai seorang muazzin dalam suara itu dan
ada pengharapan dalam suara itu agar semua yang mendengar laugan azan akan
turun bersama mendirikan solat.. Suara itu yang dinantikan setiap penduduk
Madinah dan penduduk langit.. Para malaikat sentiasa menantikan laungan itu..
Bilal bin Rabah, sahabat nabi
yang berkulit hitam, adalah muazin pertama dalam Islam dan juga bekas hamba
abdi yang dilantik oleh Rasulullah S.A.W untuk melaungkan azan lima kali setiap
hari. Sehinggakan apabila tibanya waktu solat, golongan malaikat begitu
ternanti-nanti laungan azan dari Bilal. Terdapat satu kisah, saorang sahabat
meminta keizinan dari Nabi Muhammad S.A.W untuk melaungkan. Namun, Rasulullah
S.A.W agak keberatan untuk membenarkannya. Selepas puas memujuk Rasulullah
membenarkannya untuk melaungkan azan Subuh. Sewaktu ingin menunaikan Solat
Zohor, “penduduk langit” iaitu malaikat
turun untuk bertemu Baginda S.A.W dan bertanya kepadanya’ “Wahai Rasulullah, adakah kamu tidak solat
Subuh pagi tadi??”. Baginda menjawab, “Sudah tentunya aku Solat Subuh pagi
tadi.” Malaikat berkata lagi, “tetapi mengapa kami tidak mendengar azan
dilaungkan Subuh tadi??” Baginda terus berkata, “Bukan Bilal Bin Rabah yang
melaungkan azan Subuh pagi tadi tapi sahabatku yang lain.” Rasa berat hati
Rasulullah S.A.W benar-benar ada sebabnya. Baginda S.A.W merasakan hati sahabat
tersebut mempunyai masalah menyebabkan laungan azan yang cukup merdu didengar
Subuh tadi, dengan penuh tajwid, harakat dan tarannumnya serta penampilannya
yang hebat dari segi pakaian, rupa parasnya yang tampan beserta wangiannya yang
mahal tidak mampu didengar oleh penghuni langit.
Takhrij
Kisah ini tidak sahih, tidak
ditemukan asalnya dalam kitab-kitab hadith dan sirah muktabar sunnah. Apatah
lagi bertentangan dengan hadith yang sahih menceritakan kemerduan dan
kelantangan suara Bilal bin Rabah ra. (HR. Tirmidzi no. 189, hasan sahih)
Rujukan
http://heartnsoul-penawarhatiku.blogspot.com/2012/12/bilal-bin-rabah-seorang-muazzin.html
No comments:
Post a Comment