Matan hadith
وقال علي بن أبي طلحة ، عن ابن عباس قال : جاء إبليس يوم
بدر في جند من الشياطين ، معه رايته ، في صورة رجل من بني مدلج ، والشيطان في صورة
سراقة بن مالك بن جعشم ، فقال الشيطان للمشركين : ( لا غالب لكم اليوم من الناس وإني
جار لكم ) فلما اصطف الناس أخذ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قبضة من التراب فرمى
بها في وجوه المشركين ، فولوا مدبرين وأقبل جبريل ، عليه السلام ، إلى إبليس ، فلما
رآه – وكانت يده في يد رجل من المشركين – انتزع يده ثم ولى مدبرا هو وشيعته ، فقال
الرجل : يا سراقة ، أتزعم أنك لنا جار ؟ فقال : ( إني أرى ما لا ترون إني أخاف الله
والله شديد العقاب ) وذلك حين رأى الملائكة .
Terjemahan
Ali ibnu Abu Talhah telah
meriwayatkan daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما, bahawa iblis datang pada hari
Perang Badar bersama pasukan syaitan yang dibawanya, sedangkan panjinya dia
sendiri yang memegang. Iblis saat itu merupakan dirinya dalam bentuk seorang
lelaki dalam kalangan Bani Mudlaj, iaitu dalam rupa Suraqah ibnu Malik ibnu
Ju’syum. Lalu syaitan berkata kepada kaum musyrik, “Tidak ada seorang pun yang
dapat mengalahkan kalian pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah
pelindung kalian.” Tetapi ketika kedua belah pihak berhadap-hadapan, Rasulullah
ﷺ mengambil segenggam pasir dan melemparkannya ke arah wajah orang-orang
musyrik, maka mereka mundur ke belakang. Dan Malaikat Jibril عليه السلام datang
mengejar iblis. Ketika iblis melihatnya—saat itu tangan iblis memegang tangan
salah seorang daripada pasukan kaum musyrik— maka dengan serta merta iblis
menarik tangannya, lalu lari terbirit-birit bersama pasukannya. Maka lelaki
yang dipeganginya itu berkata.”Hai Suraqah, bukankah kamu mengatakan bahawa
kamu adalah pelindung saya?” Iblis berkata yang direkod oleh firman-Nya:
Sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat;
sesungguhnya saya takut kepada Allah. Dan Allah sangat keras seksa-Nya.
(Al-Anfal: 48) Demikian itu terjadi ketika iblis melihat para malaikat.
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu'jam
al-Kabir 5/47, at-Thabari dalam Tafsirnya 13/7.
Sanadnya dhaif kerana terdapat
perawi yang dhaif iaitu Abdul Aziz bin Imran (Majma Zawaid 6/82)
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 142577
No comments:
Post a Comment