Thursday, 28 December 2023

Hadith keutamaan berdamping dengan orang yang melazimi zikir dan majlis ilmu

 

Matan hadith

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسِ الله قَالَ : قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ جُلَسَائِنَا خَيْرٌ؟ قَالَ : مَنْ ذَكَّرَكُمُ اللَّهَ رُؤْيَتُهُ وَزَادَ فِي عَمَلِكُمْ مَنْطِقُهُ وَذَكَّرَكُمْ بِالْآخِرَةِ عَمَلُهُ.

 

Terjemahan

 

Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Ditanya kepada baginda SAW: Wahai Rasulullah! Manakah orang yang paling baik untuk kami dampingi? Baginda menjawab: Orang yang apabila kalian melihatnya, dia mengingatkan kalian kepada Allah, percakapannya menambahkan pengetahuan kalian, dan amalannya mengingatkan kalian kepada akhirat.

 

Takhrij

 

 

HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya no. 2437, Al Kharaithi dalam Makarimul Akhlaq no. 735, Ibnu Abid Dunya dalam al-Auliya’ no. 25.

 

Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2830

 

Juga diikuti oleh Syeikh Masyhur bin Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith Dhaifah wal Maudhuah Mujarradah an al-Takhrij no. 7366.

 

Hadith ini dhaif kerana terdapat perawi bernama Mubarak bin Hasan yang merupakan perawi yang dhaif. Ini pendapat jumhur ulama. Sebahagian ulama seperti al-Bushiri mensahihkan hadith ini kerana Mubarak bin Hasan ditsiqahkan oleh Yahya bin Ma’in.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...