Matan hadith
أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى مِلَاكِ هَذَا
الْأَمْرِ الَّذِي تُصِيبُ بِهِ خَيْرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ؟ عَلَيْكَ بِمَجَالِسِ
أَهْلِ الذِّكْرِ، وَإِذَا خَلَوْتَ فَحَرِّكَ لِسَانَكَ مَا اسْتَطَعْتَ بِذِكْرِ
اللهِ، وَأَحِبَّ فِي اللهِ، وَأَبْغِضْ فِي اللهِ
Terjemahan
Mahukah aku
memberitahu kamu perkara asas dalam agama yang dengannya kamu akan mendapat
kebaikan dunia dan akhirat? Duduklah dalam majlis orang-orang yang mengingati
Allah dan apabila kamu bersendirian maka sentiasalah gerakkan lidah kamu untuk
mengingati Allah
Takhrij
HR. al-Baihaqi dalam Syuabul
Iman no. 9024, at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath no. 8320, Abu Nua'im dalam
Hilyatul Auliya 5/204, Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 13/317, daripada Abu
Razin ra.
Sanadnya dhaif
menurut Syeikh Zubair Ali Zai dalam takhrij hadith Misykatul Masabih no. 5025.
Dhaif menurut Syeikh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5386.
Hadith ini dhaif
kerana terdapat perawi yang matruk iaitu 'Amr bin Husain dan lemah iaitu Utsman
bin 'Atha' (Hidayatul Ruwat 4/445, Silsilah Hadith Dhaif no. 5386).
No comments:
Post a Comment