Tuesday, 6 August 2024

Hadith qudsi tidak berhaji/umrah setelah 5 tahun

 

Matan hadith

 

يَقُوْلُ عَزَّوَجَلَّ اِنَّ عَبْدًاصَحَّحْتُ لَهُ جِسْمَهُ وَوَسَّعَتُ عَلَيْهِ فِى الْمَعِيْشَةِ فَمَضَى عَلَيْهِ خَمْسَةُ أَعْوَامٍ لَا يَفِدُاِلَىَّ لَمَحْرُوْمٌ.

 

Terjemahan

 

Rasulullah Saw bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman : Sungguh seorang hamba itu Aku sihatkan jasmaninya dan Aku lapangkan rezekinya. Kemudian melampaui lima tahun tidak haji atau umrah kepadaKu, pastilah itu orang yang terhalang rahmat

 

Takhrij

 

HR. Abu Ya'la  2/304, al-Baihaqi 5/262, Ibnu Hibban no. 3703, daripada Abu Said al-Khudri ra

 

Ibnu Jauzi, Ibnu Al-Arabi dan Al-Maliki, berpendapat bahawa hadith ini palsu, sementara yang lain menyatakannya lemah, seperti ad-Daruquthni, al-Uqaili dan As-Subki.

 

Ibnu Hibban menilai hadith ini sahih dan disetujui oleh Syeikh al-Arnauth

 

Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 1662 menilai hadith ini sahih.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...