Matan hadith
كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ بِالْحَمْدِ أَقْطَعُ
Terjemahan
Setiap perkara yang tidak dimulai
dengan memuji Allah, maka amalan tersebut akan terputus.
Takhrij
HR. Abu Daud no. 4840, Ibnu Majah
no. 1894, Ibnu Hibban no. 1, daripada Abu Hurairah ra.
Didhaifkan oleh Syeikh al-Albani
dan al-Hafizh Abu Thahir dalam takhrij Sunan Ibnu Majah, dan Syeikh Salim Ied
al-Hilaly dalam bahjah an-Nazhirin 2/434
Dalam Musnad Ahmad dengan lafaz:-
كُلُّ كَلَامٍ أَوْ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُفْتَحُ بِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ
وَجَلَّ فَهُوَ أَبْتَرُ أَوْ قَالَ أَقْطَعُ
Setiap perkataan atau urusan yang
yang tidak dibuka dengan zikir kepada Allah maka dia cacat atau terputus”. (HR.
Ahmad no. 8712, daripada Abu Hurairah ra, sanadnya dhaif menurut Syeikh
al-Arnauth, dan sahih oleh Syeikh Ahmad Syakir).
Dalam al-Jami’ li Akhlak ar-Rawi
oleh al-Khatib al-Baghdad dengan lafaz:-
كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لا يُبْدَأُ فِيهِ بِبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ أَقْطَعُ
Setiap perkara yang memiliki
kepentingan, tidak diawali dengan بسم الله الرحمن الرحيم maka ia terputus! (HR.
al-Khatib dalam Al-Jami’ no. 1236,
sanadnya dhaif jiddan menurut Syeikh al-Albani dalam Irwa’ 1/29, manakala
an-Nawawi berkata hadith ini hasan dan sanadnya bagus dalam al-Azkar no. 149).
Kesimpulan
Menurut Syeikh Ibn Baaz dalam
Majmu Fatawa Beliau 25/135, hadith-hadith tersebut boleh dinaikkan darjatnya
kepada hasan kerana penguat yang lainnya.
Malah ia terdapat nas dari
al-Quran, Allah swt membuka kitabNya dengan Basmalah, dan Nabi Sulaiman as,
membuka suratnya kepada Ratu Saba’ dengan basmalah (al-Naml: 30).
Jumhur fuqaha menggalakkan dan
mengharuskan untuk memulakan urusan dengan menyebut nama Allah (Mausuah
al-Fiqhiyyah 8/92)..
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 146079
No comments:
Post a Comment